"If you push me away, you won’t find yourself back into my life. I gave too many chances, too many times. I don’t have it in me anymore, to fight, to keep rebuilding bridges that already burnt down."
|
We were all toxic to someone because we forced love when the chapter was already written, when the book was already closed. Our intentions were pure, but the person and situation wasn’t right. We became toxic by chasing everything we wished to feel.
|
May 12, 2015 at 12.5.15
Fuhh.. Boleh tahan lama tak update menda ni. Rasanya start sambung belajar sampai cuti sem 1, ni baru ada masa nak update. Hehehe. Takda lah nak cerita banyak sangat. Kang kalau cerita semua gila ah satu malam tak habis menaip ni.
Cuma nak bagitahu... tak sangka dunia U ni lain daripada sekolah dulu dulu. Yang paling tak sangka baru sedar muka ni tersangatlah matang bagi orang lain sampai ramai yang panggil 'kak' dekat sini awal permulaan masuk sem. Fuhh baru sem 1 dah ramai ingat aku dah sem 4 something. Seramnyaaa! Ingat dah awet muda habis muka ni. Ha-ha-ha.
Banyak menda seram dekat U ni. Bukan setakat hantu kat sini je yang menyeramkan. Penumpang tempat dia *pelajar* pun boleh tahan seram.
Nanti masuk mesti dah terbiasa jumpa abang abang *abang lah sangat* yang boleh tahan lah ulat bulu dia even dengan makwe dia macam macam relationship goals dah.
Nanti masuk mesti dah terbiasa dengan lecturer yang masuk lewat setengah jam lebih takpa, tapi jangan sesekali kau lambat! Sebab apa? Sebab kau lambat kau tak dapat gaji, tapi kau rugi sebab tercicir ilmu yang lecturer beri. Paling seram kalau tercirit 2 3 minit lambat masuk kelas... pintu dah kena kunci!!! Time tu kau maki pun tak guna. Angkat kaki lah jawabnya.
Nanti masuk mesti dah terbiasa dengar malam malam orang jual 'sandwich tuna' 'nasi lemak ayam' dn macam macam lagi. Kalau nasib baik kau bukak pintu kau dapat habuan dia. Kalau tak nasib baik, kau bukak pintu kau dapat lah angin lalu.
Nanti masuk mesti dah terbiasa dengar orang melalak test suara jam 1 2 pagi, tapi time siang time mata semua cerah yang kau dengar bunyi cengkerik.
Nanti masuk mesti dah terbiasa kau tidor lena tiba tiba ada benda *roommate* kejut kau dari lena semata mata nak suruh kau teman dia pi tandas-- yang ni tabiat Jemi. Penakut habis. Hahahaha.
Nanti masuk mesti dah terbiasa malam malam bunyi hon kereta motor semua sebab student senior promote event dia orang. Mula mula memang kau rasa semak. Tapi macam mana skalipun nanti bila kau jd senior kau kena gak buat aktiviti macam ni. Kau akan berpengalaman dgn semua ni.
Nanti masuk mesti dah terbiasa dengan lampu ju-on dalam bilik. Kejap hidup. Kejap mati. Kadang kadang satu kolej gelap sebab balckout. Ni memang biasa. Nak nak bila kau nak final kan, kerap ah menda ni terjadi. Ni Jemi ambil dari luahan hati classmate Jemi yang kolej dia orang sering blackout. Nak nak time final exam. Nasib kolej Jemi takda lagi kes ni... kot. Dah lupa ah. Hehehe.
Ni kira sebahagian cerita seram di Lendu. Kikiki..
Sekarang nak masuk bab orang yang kau bakal jumpa sambung belajar nanti.
Ni je kot boleh bagi. Sikit je tu. Tak larat nak taip. Tapi banyak mana masalah kau, banyak mana kau rasa sedih, rindu family, nak nangis, atau dah nangis ke kan.. jangan lupa tu semua kenangan kau nanti. Tersenyum je lah. Dan jangan lupa selalu bg kekuatan dekat kawan kawan kau bila kau rasa down. Tu automatik akan ringankan masalah kau jgk bila kau mampu buat orang lain tersenyum harungi hari hari dia. K^^
Sampai disini jelah, kalau ada lagi Jemi kongsi lagi. Hehehe. Byeee! Hv a nice day!
sincerely : jemiey ♥
0 comments0 Comments:Post a Comment |