A Beautiful Mess

ENTRY AUTHOR FCBOOK TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW
YOUR 'FOODS' TO 'EAT'

Thoughts rule the world

CREDITS
Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Aina Najihah
Re-dit by Jemi
Now I'm a Teacher!!!
Photobucket


Setelah sekian lama diberi didikan ilmu oleh pendidik yang berwibawa dengan saya yang tersangatlah huru hara ni *ehem* serasa macam "Allah, ni rupanya perasaan jadi seorang pendidik." Serious memang sangat sangat challenge lah jadi seorang guru ni. Macam macam perasaan kena tahan ; sabar, geram, nak pukul, nak lepuk, nak maki hamun. MasyaAllah. 

Nak nak bila jadi guru tadika ni...
Memang dah kita tahu lah kan budak budak ni konfem nafsu bermain tu lebih meluas dari belajar.
Jangan kata budak budak lah, saya dulu pun time prime school or secondary school memang banyak nak bermain dari belajar jugak, hehehe.

Lagi lagi dengan kerenah diaorang yang sikit sikit nak mengadu pun kadang boleh naik angin satu badan sebab menda bagi kita memang tak penting dia bagitau ;
"Teacher, kaler pensel tumpah." "Teacher, ade orang baca buku."
Bagi kita tu menda mudah je kan? Takyah bagitau pun takpe.
Tapi tu laaa, budak budak baru nak belajar.
Kita sabar jelah dan layan karenah diaorang.
Bila ingat balik subhanAllah indahnyaa dapat ajar budak budak ni.
Kita pun rasa macam forever young^^ Hohohoo.

Jadi guru tadika ni lain rasanya dari jadi guru sekolah sekolah harian biasa.
Saya yang memang dah dikenali dengan panas baran yang terpanas dari terpanas ni *over jaah* memang rasa lah bara bara api yang menyala dalam diri ni time dengan budak budak. Tapi Alhamdulillah still boleh control.

Cumaaa, arghhh!! Suara dah tak rupa suara dah. Budak budak ramai. Kalau guna suara wanita melayu terakhir ni konfem macam cakap dengan tunggul kayu jek. So terpaksa terbitkan suara dan "luaskan kuasamu" suaraku dekat budak budak ni. Budak budak ni memang hari hari mau suara garau saya ni diluaskan. Fuuuuh, perit sampai ke hempedu ni nak boleh ke keluoor suaro ni kate kooo -..-''

But this is my awesomeness memories ever lah being a teacher for my fantastic 20 students with another one teacher in a class. It feels like "Yeke aku ni dah jadi guru?" *tampar pipi kiri kana 100kali* MasyaAllah.

Part yang paling best bila kita dapat rasa yang betapa kita naknya anak didik kita berjaya dalam perjuangan dia sekarang :') Itulah part yang kita mungkin tak dapat baca dari mata pendidik kita yang mendidik kita selama ni, right? Same with me :/ 

Insya Allah dengan jadinya seorang pendidik and akan sambung belajar dalam bidang pendidikan kanak kanak ni dapat ubahh diri saya jadi orang yang lebih berguna untuk diri sendiri, bangsa dan negara. Amin.

sincerely : jemiey 












0 comment[s] | back to top