"If you push me away, you won’t find yourself back into my life. I gave too many chances, too many times. I don’t have it in me anymore, to fight, to keep rebuilding bridges that already burnt down."








We were all toxic to someone because we forced love when the chapter was already written, when the book was already closed. Our intentions were pure, but the person and situation wasn’t right. We became toxic by chasing everything we wished to feel.



RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



Love Allah
Dec 8, 2013 at 8.12.13
Photobucket

Bila engkau letih dan hilang rasa semangat,
Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya.

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan airmata mu.

Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah sentiasa berada disisimu.

Bila engkau telah mencuba segala galanya tapi tidak tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian.

Bila tiada yang bermakna buatmu, keliru dan kecewa,
Allah adalah jawapannya.

Dekatkan dirimu dengan Allah, kerana Allah adalah segala galanya. 
Dapat Allah nescaya dapat segala galanya.

Love Allah first, before love someone else.

Kita tidak akan kesunyian kerana Allah sentiasa disisi kita.

sincerely : jemiey 

0 comments



Perasaan Menjadi Mangsa Banjir
Dec 7, 2013 at 7.12.13
Photobucket 


Setelah sekian lama sejak menetap di Kemaman...
Tak pernah sikit pun kami merasa macam mana perasaan jadi mangsa banjir.
Dipaksa membawa diri ke pusat pemindahan...
Dipaksa menyelesakan diri dengan keadaan yang sehelai sepinggan...
Dengan keadaan stok makannya tidak mencukupi...
Terputus hubungan dengan pembekal makanan...
Air di pusat pemindahan tidak mencukupi...
Bagi yang menempuh ujian Allah ini dengan sendirinya? Tanpa keluarga? Bagaimana perasaan mereka?
MasyaAllah...
Dengan terpaksa menyimpan dan memendam perasaan risau terhadap kediaman yang dipenuhi air bah...
Tanpa ketahui macam mana keadaan rumah tu sendiri sama ada hanyut dibawa air bah atau masih tegak disitu dengan perabot yang entah kemana kedudukannya..

Mampu ke kita hanya melihat situasi keadaan mereka dan mendengar khabar berita tanpa sedikit pun menghulurkan bantuan? Walaupun hanya berdoa kepada Allah?
Sedangkan mereka disana masih lagi terpinga pinga tentang bagaimana kehidupan mereka selepas ini.
Boleh ke mereka terima ujian Allah ini dengan redha?
Ada ke kita terfikir semua ni?
Perlu ke kita berfikir yang mereka juga sedang gembira dengan situasi ini apabila...
Melihat anak anak berlari dengan bahagianya di atas air...
Bermain dengan air air yang melimpah dengan senangnya...
Tanpa kita tahu betapa beratnya beban yang terpaksa mereka pikul bagi meneruskan kehidupan mereka dengan kemudahan yang tidak mencukupi? 
Hm..

Kali ini...
Miey dan keluarga buat kali pertama terpaksa menghadapi ujian Allah ini...
Ya Allah...
Tak sangka macam ni rasa jadi mangsa banjir...
Dulu...
Setiap kali je dapat khabar berita...
Semua suka.. gembira..
Sebab apa yang dibenak mereka hanya satu perkara je...
BERMAIN DENGAN AIR BANJIR.

Tapi kali ini...
Miey dan keluarga dapat merasai macam mana perasaan jadi mangsa banjir yang sebenarnya...
Dengan keadaan yang panik sambil mengemas barang barang mana yang patut sebelum air bah semakin meningkat...
Awalnya ingatkan nak menumpang je dekat rumah jiran Miey sebab masa tu kami ingatkan rumah mereka dah terselamat...
Tapi..
Air bah juga dah masuk dalam rumah mereka...
Dan kami terpaksa berpindah ke pusat pemindahan...
Dengan keadaan yang hampir sehelai sepinggan tetapi masih ada lagi yang teruk dari kami...
Dengan keadaan makanan di pusat pemindahan hampir kehabisan stok pada hari pertama dan keesokannya semua makanan dah kehabisan stok...
Dengan bekalan elektrik pun terpaksa ditutup oleh pihak pihak tertentu bagi mengelak dari kejadian yang lain pula...
Dengan kesukaran berhubung dengan mana mana pihak...
Diikuti dengan ketiadaan air untuk kegunaan harian...
Astaghfirullah...
Kami yang pertama kali kena pun dah gabra gilaa...
Macam mana pula dengan yang dah memang kediaman dia sering didatangi banjir yang tidak diundang ini?

Allahuakbar... 
Selepas air dah surut...
Miey yang pertama kali menjadi mangsa banjir ni pun rasa macam hampir putus asa selepas tengok keadaan dalam rumah..
Dengan perabotnya yang dah lintang pukang..
Rumah yang dipenuhi dengar kesan daripada campuran pelbagai jenis air..
Air paya..
Air najis..
MasyaAllah...
Perit bila terpaksa basuh dan mengemas rumah yang seperti kapal pecah!
Perit lagi bila terpaksa melihat ibubapa rungsing memikirkan hasil usaha mereka yang seakan akan sudah sampai ke titik penamatnya...

Dengan keadaan Miey yang sememangnya sejak azali lagi berpenyakit...
Miey terpaksa mengikut pak dan mak saudara Miey pulang ke rumah mereka bagi mencegah Miey dari terkena penyakit yang memang dah bersarang dalam tubuh ni atau selainnya...

Macam mana lah keadaan keluarga Miey disana yang sekarang hanya tinggal Mak, Ayah dan adik sahaja...
Semoga Allah SWT memberi pencerahan kepada keluarga Miey serta mangsa mangsa banjir yang lain dalam mencar jalan penyelasaian dalam setiap ujian-Nya..

Risau masih lagi mekar di dalam diri ni..
Tapi.. 
Berat mata memandang...
Berat lagi bahu yang memikul... 

Allah tidak akan menguji hambaNya di luar batas kemampuan hambaNya, maka yakinlah bahwa di setiap ujian yang Allah berikan kepada kita mampu untuk kita hadapi

Ya Allah, semoga diberi kekuatan, ketabahan serta kesabaran kepada keluargaku dan mangsa mangsa banjir yang lain dalam menjalani ujian dari-Mu... Amin Ya Rabb...

sincerely : jemiey 

0 comments



Banjir detected!
Dec 3, 2013 at 3.12.13
Photobucket

Haii.. Musim hujang mari dohh. Hok paling best skali die bowok sekali dengan banjir :D Hihi. Setakat ni suke lagi lah sebab boleh ngarung air. Air naik dekat sepanjang jalan rumoh Miey je. Semalam almost nak masuk dalam dapur. Nasib hujan dah reda mase tu pastu air dah surut depan rumah. tinggal dekat jalan je air dak surut2 lagi. Now Miey dokle kuor rumoh doh. Motor dah masuk air tadi. Hmmm. Malu sangat motor mapuh dekat kedai tadi. Hmmm.


Haaa, nampok? Tu lah gambor banjir dekat halaman rumoh Miey dan sepanjang jalan rumoh Miey. Best best! Boleh main air. Tapi kalau macam ni boleh tahan lagi lah. Huuhu.

Tadi kejut tidor cikgu Roziana call tanye mane kunci die! Aish. Lupe nok bagi kunci bengkel semalam dekat die. Terpakse lah pagi pagi tadi kena start motor hanto kunci dekat pejabat sekolah.
Otw pergi tu dah terpakse lalu dekat jalan belakang dengan air banjir yang dah naik. Err. Mula mula okay lagi motor tu. Tapi disebabkan air tu tutop jalan jalan berlubang tu, habis motor hilang kawalan. Lepastu mampus! Haish. Dahla phone Miey dengan Afifah dok bowok. Jeng jeng. Try la start motor. Start dan start tiba tiba boleh hidup pulok. Alhamdulillah. Sempat lah hantar kunci dekat cikgu. 
Sampai je depan kedai tepi sekolah Miey... Hmm. Motor mampus balik doh. Start punya start kali ni memang dokle pakai langsung. Nok nangis ade gok telfon mok mok suh erek motor sampai rumoh. Nehi nehi nehi!! 
Nasib Kimi si jiranku yang baik hati dan Pakmat yang baru ku kenal baiki motor pastu tolong tunda. Nok dekat sampai rumah jiran baru motor boleh hidup. Yeay!!!

Tapi sampai dekat rumoh jiran terus dok berani nok bowok motor tu takot mampus pulok :'/ Balik lah Miey dengan Afifah jalan kaki kat rumah. Nasib baik seberang je. Hahaa. 

Lepas tuu ape lagi. Kenalah ngarung air jalan kaki je. Hmmm. Tapi best gila sebab sambil jalan boleh bergambooo. Boo booo ^^ Hihii. Dan ini lah hasilnya. Mohon cemburu okaaay. Baiii....










sincerely : jemiey 

0 comments