A Beautiful Mess

ENTRY AUTHOR FCBOOK TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW
YOUR 'FOODS' TO 'EAT'

Thoughts rule the world

CREDITS
Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Aina Najihah
Re-dit by Jemi
Perasaan Menjadi Mangsa Banjir
Photobucket 


Setelah sekian lama sejak menetap di Kemaman...
Tak pernah sikit pun kami merasa macam mana perasaan jadi mangsa banjir.
Dipaksa membawa diri ke pusat pemindahan...
Dipaksa menyelesakan diri dengan keadaan yang sehelai sepinggan...
Dengan keadaan stok makannya tidak mencukupi...
Terputus hubungan dengan pembekal makanan...
Air di pusat pemindahan tidak mencukupi...
Bagi yang menempuh ujian Allah ini dengan sendirinya? Tanpa keluarga? Bagaimana perasaan mereka?
MasyaAllah...
Dengan terpaksa menyimpan dan memendam perasaan risau terhadap kediaman yang dipenuhi air bah...
Tanpa ketahui macam mana keadaan rumah tu sendiri sama ada hanyut dibawa air bah atau masih tegak disitu dengan perabot yang entah kemana kedudukannya..

Mampu ke kita hanya melihat situasi keadaan mereka dan mendengar khabar berita tanpa sedikit pun menghulurkan bantuan? Walaupun hanya berdoa kepada Allah?
Sedangkan mereka disana masih lagi terpinga pinga tentang bagaimana kehidupan mereka selepas ini.
Boleh ke mereka terima ujian Allah ini dengan redha?
Ada ke kita terfikir semua ni?
Perlu ke kita berfikir yang mereka juga sedang gembira dengan situasi ini apabila...
Melihat anak anak berlari dengan bahagianya di atas air...
Bermain dengan air air yang melimpah dengan senangnya...
Tanpa kita tahu betapa beratnya beban yang terpaksa mereka pikul bagi meneruskan kehidupan mereka dengan kemudahan yang tidak mencukupi? 
Hm..

Kali ini...
Miey dan keluarga buat kali pertama terpaksa menghadapi ujian Allah ini...
Ya Allah...
Tak sangka macam ni rasa jadi mangsa banjir...
Dulu...
Setiap kali je dapat khabar berita...
Semua suka.. gembira..
Sebab apa yang dibenak mereka hanya satu perkara je...
BERMAIN DENGAN AIR BANJIR.

Tapi kali ini...
Miey dan keluarga dapat merasai macam mana perasaan jadi mangsa banjir yang sebenarnya...
Dengan keadaan yang panik sambil mengemas barang barang mana yang patut sebelum air bah semakin meningkat...
Awalnya ingatkan nak menumpang je dekat rumah jiran Miey sebab masa tu kami ingatkan rumah mereka dah terselamat...
Tapi..
Air bah juga dah masuk dalam rumah mereka...
Dan kami terpaksa berpindah ke pusat pemindahan...
Dengan keadaan yang hampir sehelai sepinggan tetapi masih ada lagi yang teruk dari kami...
Dengan keadaan makanan di pusat pemindahan hampir kehabisan stok pada hari pertama dan keesokannya semua makanan dah kehabisan stok...
Dengan bekalan elektrik pun terpaksa ditutup oleh pihak pihak tertentu bagi mengelak dari kejadian yang lain pula...
Dengan kesukaran berhubung dengan mana mana pihak...
Diikuti dengan ketiadaan air untuk kegunaan harian...
Astaghfirullah...
Kami yang pertama kali kena pun dah gabra gilaa...
Macam mana pula dengan yang dah memang kediaman dia sering didatangi banjir yang tidak diundang ini?

Allahuakbar... 
Selepas air dah surut...
Miey yang pertama kali menjadi mangsa banjir ni pun rasa macam hampir putus asa selepas tengok keadaan dalam rumah..
Dengan perabotnya yang dah lintang pukang..
Rumah yang dipenuhi dengar kesan daripada campuran pelbagai jenis air..
Air paya..
Air najis..
MasyaAllah...
Perit bila terpaksa basuh dan mengemas rumah yang seperti kapal pecah!
Perit lagi bila terpaksa melihat ibubapa rungsing memikirkan hasil usaha mereka yang seakan akan sudah sampai ke titik penamatnya...

Dengan keadaan Miey yang sememangnya sejak azali lagi berpenyakit...
Miey terpaksa mengikut pak dan mak saudara Miey pulang ke rumah mereka bagi mencegah Miey dari terkena penyakit yang memang dah bersarang dalam tubuh ni atau selainnya...

Macam mana lah keadaan keluarga Miey disana yang sekarang hanya tinggal Mak, Ayah dan adik sahaja...
Semoga Allah SWT memberi pencerahan kepada keluarga Miey serta mangsa mangsa banjir yang lain dalam mencar jalan penyelasaian dalam setiap ujian-Nya..

Risau masih lagi mekar di dalam diri ni..
Tapi.. 
Berat mata memandang...
Berat lagi bahu yang memikul... 

Allah tidak akan menguji hambaNya di luar batas kemampuan hambaNya, maka yakinlah bahwa di setiap ujian yang Allah berikan kepada kita mampu untuk kita hadapi

Ya Allah, semoga diberi kekuatan, ketabahan serta kesabaran kepada keluargaku dan mangsa mangsa banjir yang lain dalam menjalani ujian dari-Mu... Amin Ya Rabb...

sincerely : jemiey 

0 comment[s] | back to top