"Stop tolerating disrespect just because you don't want to lose people"
|
|
|
Nov 3, 2025 at 3.11.25
![]()
RINGDUUUUUU.
![]()
Hai, kehidupan persekolahan aku dah hampir sampai ke penghujungnya. Lagi 3 minggu. Selesai 3paper nanti maka selesailah kehidupan persekolahan aku sebagai seorang Senior dalam Kolej Vokasional Kemaman. Sekejap gileee rasa.
Yang pasti tahun ni tahun paling best dalam hidup aku. Walaupun banyak gilee masalah dan kenangan pahit dekat sekolah but still aku ada kawan kawan aku tuk sama sama cipta kenangan manis sebelum keluar dari sekolah ni.
Mungkin lepas ni memang susah dah nak kumpul ramai ramai macam dalam kelas. Masing masing konfem ah busy dengan kerja, anak bini suami belaka semua ah pasni. Hihii.
Ringduu.
Nak dengar Amir dengan Matyo baca nota PAI bila Ustazah Hayati suruh ala ala Ustaz gitu. Haha. Best gila kalau kenang balik. Dengar Asyraf baca macam budak budak lepastu kena ejek dengan kawan sekelas. Suara dia yang perlahan tu memang kami 4orang perempuan ni akan jadi bash terhormat dia.
Kalau dalam bengkel pulak. Rindu nak baloh dengan Faiz. Rindu nok pakoh nge Afifah pasal jam tangan 24karat dia tu. Hihi. Rindu nak dengar Cikgu Yusof ejek aku. Rindu nak dengar Cikgu Roziana perli Matyo. Rindu nok gurau dengan Cikgu Hirrawady dan Cikgu Norniah. Haha. Macam macam ah. Biasa aku selalu kena tibai di geng geng ni sebab buat projek EE banyak masalah betul. Actually, banyak cakap dari buat. Semua orang tahu aku ni memang gila sikit kalau dengan kawan. Hehe.
Aku ingat lagi Sir Shahrul bitau haritu "If I have friends like all of you, I don't need enemies anymore." Haaa. Faham maksud Sir Shahrul?
Yelaa. Dalam kelas aku ni macam macam ragam ada.
Ada yang baik, kejam, suka ponteng skolah, kuat mengejek, ajet ajet gangster, ganas, pembuli, mengada, manja dan semua semua lah. Tapi dalam kelas semua tu lah yang membuatkan kami ni jadi one big family.
Biasalah kan yang ada masalah tu. Normal lah. Dalam family pun macam tu jugak. Camne sekalipun still kami tetap bersatu. Itu yang aku rasa. Yang lain aku tak tahu. Up to them lah. Hihi.
Dalam kelas Sir Shahrul, aku rindu nak main yang lukis lukis tu pastu kita kena teka apa yang budak budak ni lukiskan. Ada masa aku kena lukis. Semua susah susah. Aku dah la tangan bangku. Eee, tak pandai lukis! Habis semua group aku dah fedup apa yang aku try lukiskan. Haha. Sorry la. Memang aku sangat tak pandai melukis. Ada masa Sir sekali ikot serta dalam game ni. Sangat meriah.
Yang time kena buat gaya tu best jugak.
Ingat lagi time Asyraf kena buat gaya Spiderman than group dia kena teka. Habis satu kelas riuh dengan gelak geng geng ni sebab masa tu memang semangat gila ah Asyraf buat gaya Spiderman. Hahaha.
Masa Applied Science. Hmm. Masa ni lah aku rasa aku banyak buat Cikgu Dahlia tawar hati. Bukan disebabkan aku seorang. Tapi mungkin kelas aku ramai yang takleh gi dengan dia. Awal awal memang aku rasa macam tu. And disebabkan aku ni budak luar, jadi masuk keluar sekolah jadi aku punye suka lah. Tapi, lama lama aku dapat rasa Cikgu Dahlia ni seorang cikgu yang sangat penyabar. Walaupun kelas dia kengkadang ramai yang ponteng. Dia still datang mengajar kita dan tak pernah lah nak marah marah sangat. Sekarang bagi aku mungkin memang sifat wanita bila marah pasti membebel je kije dia. Mak aku pun gitu jgak. Aku pun kengkadang sama ja. Ada masa Cikgu Dahlia gunakan sepenuh masa mengajar dia untuk membebel kami. Mungkin masa tu dia bengang sangat kot dengan kami. Aku pun rasa bersalah sangat dengan dia. Walau mcm mane sekalipun, ilmu yang dia bagi apak berharga ah. Setiap yang dibicarakan ibarat permata. Kalau kita dengar, Alhamdulillah untung. Kalau tak? Nasib badan lah. Yang pasti, setiap bait yang dikeluarkan memang mudah untuk kami, pelajar memahami apa yang cuba diperkatakan oleh beliau :') Mathematic. Cikgu Nazimah. Seorang yang sangat active! Beliau paling bersemangat bab bab Mathematic. Memang sedap gila ah belajar dengan dia. Santai gila. Tapi latihan yang dia bagi memang tak henti henti. Kadang jenuh gak nak boleh siapkan. Tapi okay lah sebab dia pun ajar kami mudah faham. Kalau dia bagi latihan pun kami mudah siapkan ^^ Pasni mungkin dah takde dah buat group study math same same. Bincang same same. Gaduh siapa yang nak berucap depan same same. Hmm. :'/ 0 comments Oct 28, 2015 at 28.10.15
Hai... Read more »Pejam celik pejam celik campur makan tidor settle assignment buat event semua rupanyaa dah habis dah ye kita sem 2 kat Lendu ni wohooooo!! Nanti naik sem 3, sem 4, sem 5, sem 6... Eh eh eh eh!! Lupa sampai sem 5 je. Jangan nak mandai2 lah nak tambah lagisatu sem. Tak sangguuuuuuuuuuuuuuuuuup! Sem ni pun rasa macam Yaaaa ampun enggak sanggup deh gueee. Dia punya penat... Huish minum lah redbull ke kacip fatimah ke ali cafe yang paling kawwwwww pun mmg tak dapat lah lawan penat dia. Nak nak bila kena berjaga malam nak settle kan assignment lagi semua *buat last minute lg sapa suruh* lepastu nak makan lagi nak tidor lagi nak call pakwe lagi *tipu je* hihihii. Sampai lupa nak gaduh dengan haterzzz kat sana. Sian dia tunggu satu sem Jemi tak layan. Sorry haterzzz ![]() Yang penting sem ni sem paling banyak sekali kena jejalan. Bukan jalan saje saje tau sebab Jemi ni bukannye ade pitih pun. Harap pitih mak ayah dgn PTPTPTPTPTPT tu haaa. Ni semua assignment punya pukolan. Tiba tiba kan nak salahkan assignment?? Padahal mmg jenis kaki jalan! Tapi kalini jalan pun tak jalan mana sebab assignment sem ni sangat memerlukan tenaga berjalan dan duit yang berguni I tell youuu... Macam biasalah. Every sem mesti ada kisah bahagia... Shedih... Pedih... Semua lah. Jadinya sem ni rasanya tak banyak masalah *konon* sebab semua dah matang kan? *konon lagi* Bukan apa... setiap sem ni perangai mesti akan berubah. Sem ni ibarat musim lah. 5 sem kat sini 5 musim lah kau kena tahan perangai orang. Bukan nak cakap sangat lah kan, tapi tu lah yang terjadi. Jangan ingat Jemi masscom... Course Jemi je yang ada masalah. Yang ada drama jam 7. Yang ada horror movie tersendiri dia. Course lain pun ada. Senang cerita jangan ingat masscom je yang banyak drama sebab Jemi pun terpaksa hadap drama drama dari mereka yang pelbagai course.Daripada masalah kelas *tak banyak sangat sem ni, alhamdulillah* sampai ke masalah geng, masalah geng dengan pakwe geng, masalah kolej, masalah jawatan yang dipegang *memandai sangat apply kann* masalah tak cukup tidor, tak cukup makan, tak cukup baju, tak cukup seluar, tak cukup tudung, tak cukup shampoo, tak cukup duit uiiiiiiiiiiiisshhh banyak jgk rupanya masalah sem ni hihihi. Tapi kan... kenangan sem ni kira yang the best lah! Sebab sem ni kira secukup rasa sangat. Yang best kenangan berzumba dekat Merduwati ramai ramai dengan Kareen, Jaja, Abel. Ain, Suhana, Tira, Nadia dan ramai lagi. Ni semua sebab aku punya konon nak fit lah apa lah. Sampai sekarang tak fit jugak. Mana taknyaaaa, zumba sekali setahun... makan 4 kali satu saat hahahaa. Lepastu lepak Pak Lah ramai ramai. Lepak Bentara ramai ramai. Illegal dekat Hamzah sebab roommate dekat bilik macam tak gaul *Eleh kau yg tak gaul padahal* Yang ni paling best sebab macam2 kenangan tercipta antara kami berlima... Nadia, Tira, Jemi, Jaja and Awien. Syokkk weh! Masa ni macam macam versi cerita ada. Versi seram, sedih, gatal, gedik, bahagia, kelakar dn macam macam lah. Masa ni takda lah kopak sangat sbb semua kongsi makanan. Pakat letak je mana ada haaa lepastu pandai2 lah kau hidup sana ramai ramai. Paling banyak megi... makan banyak banyak lepastu esoknya mula lah perut memanggil paksa pergi tandas. Hahahaha. Masa ni semua benda nak kena berjemaah. Mandi berjemaah, nak ke toilet berjemaah, pergi bentara berjemaah, tabung air berjemaah, pergi kelas berjemaah, tunggu shuttle berjemaah, jalan kaki berjemaah, semua semua laaaaah! Sangat friendship goals kann??? Tapi nak boleh ke berjemaah tu sempat gak lah bergusti dalam bilik semua. Sempat jugak main lat talilat tali tamplom semua hooo biar semua pergi. Tak kira lah pergi mana pun. Lepastu study sama sama. Seminit study, minute yang berikutnyaa mulalah masuk bab gossip macam macam. Perempuan kotttttttttt, gossip dgn dia mana boleh pisah.
![]()
Lepastu best sebab boleh portluck sama sama dengan classmate. Dan paling rindu bahagian bukak puasa berdua dengan Nadia. Semua kedaroooh. Last2 yang tukang perabis aku jugakkk hihihi. Lepastu rindu Burejoss kat sana. Time puasa je boleh makan. Mostly semua benda banyak buat dengan perempuan ni. Dia ni cerewet sikit. Tak. Bukan sikit. Tapi banyak. Hahahaha. Lepastu paling sedih time 2hari berpuasa time kat bazaar I've got one text message from someone yg sangat menyedihkan dan masa tu semua makanan yang rasa nak beli tu jadi tak jadi beli. Semua selera hilang. Thanks to you laaah sebab yg tu first aku rasa nak pergi bazaar besar gedabak macam tu tapi2 tiba tiba dapat text macam tu. Macam lah takleh tunggu orang habis berbuka dulu. Huhhh. Tapi time ni sangat berterima kasih dekat Nia sebab sangat risaukan pasal aku. Sebab tiba tiba aku tahan nangis, lepastu aku tak tahan. Lepastu dari dalam teksi sampai jumpa PB sampai jalan lalu Tasik Fatimah sampai lah dekat kolej aku meraunggg I tell youuu. Sangat drama kan??? Tapi tu lah hakikatnya. Sakit hati ni sapa yang tahu kan? Ecececeehh. Sampai tak sanggup nak berbuka dengan Nia. Terus berbuka sengsorang dengan murtabak je. Sambil makan tu tak dapat nak tahan airmata. Laju diaaa uish boleh tadah buat wuduk tauuu. Hmmm. Lepastu lagi nak nangis bila beli murtabak ayam dengan daging yang ade murtabak kosong je Daging dengan ayam aku tak tahu dia letak mana. Sampai sekarang menda ni jadi misteri Jemi yang tak dapat diselesaikan lagi ![]() Tapi sekali tu je lah. Lepastu Jemi dah jadi penasihat dah. Mana mana yang sedih semua Jemi basuuuhh. Dahhsat enggak guee? Anyway thanks to Nia lah sbb mcm mana pun still the best cerita masalah dgn dia. Sbb dia pandai basuh Jemi. Hahahaha. Baru cerita sikit kenangan sem 2. Nak cerita masalah politik pun macam best... tapi macam malas nak ingat. Haaa. Utk pengetahuan semua, kami disini mmg diajar awal2 berpolitik dan sangat tak best dalam isu macam ni ada yang jenis pilih kasih dan Jemi rasa macam o em ji dah malas nak ambik port pasal tu ini lepas ni. Sebab diorang yang suka berpolitik ni kadang susah cari aku. Senang tak reti nak bersyukur. Tah lahh... Bila ingat rasa angin semacammm je. So baik biar je lah isu ni jadi kenangan pahit dlm hidup ni. Kadang tu kenangan macam ni lah yang buat kita lebih matang kang? ![]() Tapi kannnn... walaupun dah banyak pakai tapi. Tapi ni paling best!!! Kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila bila, in shaa Allah.. Kenangan apa tu?? Haaaa... tengok gambar ni. ![]() ![]()
Haaa, bollywood sgt kan?
Ni sebenarnya kitaorang punya gimik *gimik lah sangattt* utk assignment video kami utk Com Theory dengan Miss Fadzilah [Yang tengah2 yang comel tu] Hhihihi. Sebab Miss bagitahu Miss nak presentation video ni kena kreatif semua... Jemi and Nadia pun tetiba semangat nak buat tema hindi sebab kami baru lepas dinner college *tema bollywood* tapi masa tu bagitahu Miss nak buat Chinesse punya tema sbb nak bagi surprisee laa kononnn ni. Hahaha.
Jadinya disebabkan Dinner College lah tiba tiba beria nak buat tema bollywood. Semua baju yang kami pakai tu disponsor khas *pinjam okay pinjam* oleh adik adik college kami hehehe.Sebelum nak boleh pandai nari nari tuu bukan kemain katekoo practise sana sini. Tak cukup dalam bilik bujang tu haaaa... sambil jaga pantry pun kami still gak tau practise. Dak dak yang datang beli semua cam naik hairan tengok kami nari nari bollywood siap lagu bollywood tu iolsss buat remixx okayyy *kelasss kau jahh* hahahaha. Mana tak hairan Dinner dah habis tapi kitaorang still tak dpt move on dgn bollywood ni. Hasil daripada semangat teamwork plus practise tk henti henti kann... Miss sangat berpuas hati dengan kami punya presentation. Masa tu rasa macam woowww sangat sbb Miss angkat ibu jari menunjukkan yang beliau berpuas hati dgn persembahan kami. Saat dan detik itu jgk rasa macam tak rugi orang lain pandang pelik masa naik kpp3 semua sbb kami berempat je pakai baju macam tu. So habis cerita peresentation... Kita masuk gambar jelah okay? Penat nak taip ![]()
![]()
Ni masa release stress. Keluar dgn kawan baru, Fizah. Kawan nadia sebenarnyaa tapi dh jadi kawan Jemi haaa..
![]()
![]() ![]()
![]() ![]()
Ni keluar sebab nak settlekan photocom punya assignment. Sambil menyelam minum air. Heh
--Tanjung Puteri.
Masa ni ikot Nadia balik Johor. Terus ajak dia bwk jalan jalan kat Johor. Dia pun bwk pergi sini. Lawaa gila tempat dia tapi tak best mana sebab masa ni datang dia tgh under renovation.
0 comments May 12, 2015 at 12.5.15
![]()
Fuhh.. Boleh tahan lama tak update menda ni. Rasanya start sambung belajar sampai cuti sem 1, ni baru ada masa nak update. Hehehe. Takda lah nak cerita banyak sangat. Kang kalau cerita semua gila ah satu malam tak habis menaip ni.
Cuma nak bagitahu... tak sangka dunia U ni lain daripada sekolah dulu dulu. Yang paling tak sangka baru sedar muka ni tersangatlah matang bagi orang lain sampai ramai yang panggil 'kak' dekat sini awal permulaan masuk sem. Fuhh baru sem 1 dah ramai ingat aku dah sem 4 something. Seramnyaaa! Ingat dah awet muda habis muka ni. Ha-ha-ha.
Banyak menda seram dekat U ni. Bukan setakat hantu kat sini je yang menyeramkan. Penumpang tempat dia *pelajar* pun boleh tahan seram.
Nanti masuk mesti dah terbiasa jumpa abang abang *abang lah sangat* yang boleh tahan lah ulat bulu dia even dengan makwe dia macam macam relationship goals dah.
Nanti masuk mesti dah terbiasa dengan lecturer yang masuk lewat setengah jam lebih takpa, tapi jangan sesekali kau lambat! Sebab apa? Sebab kau lambat kau tak dapat gaji, tapi kau rugi sebab tercicir ilmu yang lecturer beri. Paling seram kalau tercirit 2 3 minit lambat masuk kelas... pintu dah kena kunci!!! Time tu kau maki pun tak guna. Angkat kaki lah jawabnya.
Nanti masuk mesti dah terbiasa dengar malam malam orang jual 'sandwich tuna' 'nasi lemak ayam' dn macam macam lagi. Kalau nasib baik kau bukak pintu kau dapat habuan dia. Kalau tak nasib baik, kau bukak pintu kau dapat lah angin lalu.
Nanti masuk mesti dah terbiasa dengar orang melalak test suara jam 1 2 pagi, tapi time siang time mata semua cerah yang kau dengar bunyi cengkerik.
Nanti masuk mesti dah terbiasa kau tidor lena tiba tiba ada benda *roommate* kejut kau dari lena semata mata nak suruh kau teman dia pi tandas-- yang ni tabiat Jemi. Penakut habis. Hahahaha.
Nanti masuk mesti dah terbiasa malam malam bunyi hon kereta motor semua sebab student senior promote event dia orang. Mula mula memang kau rasa semak. Tapi macam mana skalipun nanti bila kau jd senior kau kena gak buat aktiviti macam ni. Kau akan berpengalaman dgn semua ni.
Nanti masuk mesti dah terbiasa dengan lampu ju-on dalam bilik. Kejap hidup. Kejap mati. Kadang kadang satu kolej gelap sebab balckout. Ni memang biasa. Nak nak bila kau nak final kan, kerap ah menda ni terjadi. Ni Jemi ambil dari luahan hati classmate Jemi yang kolej dia orang sering blackout. Nak nak time final exam. Nasib kolej Jemi takda lagi kes ni... kot. Dah lupa ah. Hehehe.
Ni kira sebahagian cerita seram di Lendu. Kikiki..
Sekarang nak masuk bab orang yang kau bakal jumpa sambung belajar nanti.
Ni je kot boleh bagi. Sikit je tu. Tak larat nak taip. Tapi banyak mana masalah kau, banyak mana kau rasa sedih, rindu family, nak nangis, atau dah nangis ke kan.. jangan lupa tu semua kenangan kau nanti. Tersenyum je lah. Dan jangan lupa selalu bg kekuatan dekat kawan kawan kau bila kau rasa down. Tu automatik akan ringankan masalah kau jgk bila kau mampu buat orang lain tersenyum harungi hari hari dia. K^^
Sampai disini jelah, kalau ada lagi Jemi kongsi lagi. Hehehe. Byeee! Hv a nice day!
sincerely : jemiey ♥
0 comments |