A Beautiful Mess

ENTRY AUTHOR FCBOOK TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW
YOUR 'FOODS' TO 'EAT'

Thoughts rule the world

CREDITS
Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Aina Najihah
Re-dit by Jemi
Bangga kerat ibu [Harian Metro]
Photobucket


Foto mengerikan menunjukkan seorang lelaki yang dituduh membunuh dan mengerat tubuh ibunya sambil tersenyum dan mempamerkan kepala si mati didedahkan di akhbar semalam.

Bahsid McLean, 23, bergaya di depan cermin bilik air memegang kepala ibunya, Tanya Byrd yang masih berlumuran darah, seperti trofi, dan menggunakan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar mengerikan itu sebagai kenang-kenangan.

Gambar itu disiarkan akhbar New York Post, semalam.



McLean dituduh membunuh Tanya, 45, selepas satu pertengkaran di mana si ibu memberitahu anak lelakinya itu agar menjadi matang dan berpindah keluar dari apartmen mereka.

Menurut polis, foto mengejutkan itu hanya satu daripada beberapa imej yang ditemui dalam telefon bimbit McLean.

Polis berkata, selepas McLean menikam ibunya, dia mengerat tubuh mangsa dengan gergaji.
Dia dan rakannya kemudian memasukkan bahagian tubuh mangsa ke dalam beg sampah, sesetengahnya dizip dalam bagasi dan dibuang sekurang-kurangnya di empat lokasi di Morrisanta.

McLean yang tampil di mahkamah Jumaat lalu untuk menghadapi pertuduhan, mendakwa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dengan memakai beg plastik sampah berwarna hitam ke mahkamah kerana kerap terkencing, dia ditahan bagi mengelak membunuh diri selepas serangan mengerikan terhadap ibunya awal minggu lalu.
Lelaki menghidap penyakit sakit mental itu memberitahu dia cuba membantu ibunya yang sakit.

Ketika kemunculan di mahkamah, McLean melakukan beberapa aksi ganas dan ditahan tanpa ikat jamin.

"Dia benar-benar saki," kata sumber polis kepada New York Post.

"Ia tindakan yang menakutkan. Lelaki terbabit memang betul-betul sakit mental kerana melakukan perbuatan kejam itu."

Gambar mengerikan itu ditemui polis dalam telefon bimbitnya dan pengakuan awalnya mendorong kepada membunuh Rabu lalu. - Agensi

sincerely : jemiey 


Labels:


0 comment[s] | back to top